Sunday, 26 February 2012

miss your smile !

   Dari kecik aku tak pernah ada mak angkat. umur 17 tahun baru rasa ada mak angkat. aku duduk rumah ummi dekat setahun jugak. bertuahnya aku bila anak ummi angkat aku tu semua lelaki gak. wawawawa~ hidup aku sentiasa dikerumuni lelaki. jangan jeolous! hehehe. ~padahal anak ummi tu semua kecik-kecik~. rindu sangat dengan keletah mereka. orang kata jauh di mata dekat di hati. naseb baik ada gambar diaorang. korang tengok gambar je lah. ;-)
aminul aizat. anak ummi yang paling ensem. bakkan je kecik lagi. hekhek~

   
aminul aiman. smartest!. tak larat nak layan mulut dia ni. hehe


aminul alif  @ abang alif. ~ first son. hobby: makan. ~ngee~
   gambar ni semua ambik malam last aku duduk rumah diaorang. ~touching~. gambar ummi tak ada sebab masa tu bateri camera habes! sedih-sedih.~ ~ ini pula gambar makluk yang sentiasa aku basuh najisnya di waktu pagi. sebab aku orang pertama bangun untuk ke sekolah dan aku orang pertama masuk toilet. nak tak nak basuh jugak. ye dop?
cik turner super gemok n cute !
    dulu aku tak suka n takut pada kucing . lepas duduk rumah ummi baru la rasa okeyyy sikit dengan kucing.
sangat comel tau cik turner ni. kalau kita tengah duduk tengok tv dia jalan dekat pastu dia jatuhkan badan dia. comel sangat! kalau dia lapar, bila nampak kitaorang dia akan ikut dengan harapan supaya kita cepat  isi friskies kat dia punya bekas makanan. 
nak friskies!! miaowwww!!

tengah tengok lipas.

me with cik turner !
   alolo, sangat rindu la nak dengar kamu mengiau. nak dengar adik-adik panggil kak wawa ajak makan. rindu nak ajar diaorang mengaji. Nak ajar bahasa arab dekat diaorang bila diorang tak paham. ~even i dah lupa bahasa arab~. aku sangat berterima kasih sebab dia orang boleh accept aku dalam hidup diaorang semua even awak semua dapat kakak angkat yang dah tua. ~tak adalah tua sangat kan?~ wink wink~. ummi @ cik elly , cik amin , abang alif . abang aizat , adik aiman .jangan lupa kak wawa yep! angpa semua belajaq rajin-rajin. anyeong! (aiman ngan aizat suka sebut perkataan ni bila diaorang sebut bunyinya enyong~hahaha~).



p/s : aku tak suka kat kucing sebab aku takut dia cekau and tak suka bila dia meleset-leset. tapi bila membe2 aku cakap  yang orang tua-tua cakap ,orang tak suka kucing ni anak ramai. aku terus terpikir yang nenek aku memang tak suka kucing, anak dia ada 15... erk??? betul ke???korang rasa??







Saturday, 25 February 2012

saya rabun bukan buta.

     hoit, anda- anda sekalian! entry ni ditujukan khas untuk sesape je yg berSPECTACLE  seperti saya ini. ~wink wink~. first of all, nak bagi intro le sikit ye dop. ni nak habaq mai cek pakai spec masa umo cek lbih kurang 9 ke 10 tahun. ~dah tua , lupe lettew~.ikut calendar persekolahan di malaysia masa cek sekolah darjah 3 or darjah 4 le kan. tapi cek tak ada gambar muka nerd ar time tu ~nasib baik~. wakaka. Masa tu cermin mata cek warna ungu. comel jek. bhaha . cermin bulat lagi . tapi xdo lah macam cermin apa harry potter tu. ye dop.

      tipu la kalau cakap siapa yang tak bangga masa mula-mula pakai cermin mata. semua tengok aku macam ahli kumpulan GIRLS GENERATION  tengah lalu. masa tu. pewh!! bangga gila . lagi-lagi masa tu tak ramai orang yang pakai spec.lagi satu, masa tu orang yg pakai spec orang ingat cam budak pandai je. ngan muka nerd lipat tudung bulat ikut muka kan.~ibu aku la yang lipatkan tudung tu~ untuk beberapa tahun rasa seperti diri dihargai. bak kata iklan LOREAL ." kerana dirimu begitu berharga." cewaaaaaaaaah!.

semua tengok cek macam nampak sunny girls generation
~ bhahahaha! ~

       setiap kehidupan pasti ada kesuraman. ~ayat macam gampang~. benda yang paling aku tak suka bila pakai spec  adalah bila ada budak-budak especially cousin aku yang tecik kemetot tu tanya.

cousin : kak wawa. nape pakai benda ni. ~ refer to my spec ~
aku     : owh, this thing name spectacle or glasses.~bajet ckap macam cikgu~. ni cermin mata . kak wawa pakai  
             sebab mata tak nampak sangat la.
cousin : owwhhhh. ~bajet comel wat muncung itik~ kalau macam tu  cuba kak wawa buka cermin mata tu.
            ~bajet cikgu ini budak~
aku     : ~dengan penuh kesabaran gua ikut je.~ ok, dah buka. kenapa.
cousin :  ~buat peace~ ni nombor berapa?
aku     :  $%#*!!*^% ( gua tak mencarut) . nombor dua.
cousin : kata tak nampak!
aku     : awak tunjuk jari awak depan muka kak wawa. memang la kak wawa nampak. kak wawa rabun      
            bukan buta . okeyyyy

cousin: hehehehehehe. ~buat muka comel lagi.~


ingat kak wawa tak nampak~ hehehehe~


         situasi ni dah banyak kali terjadi pada aku. tak tahulah korang pernah kena tak. kadang-kadang orang besar pong ada wat lawak stupid ni kat aku. ada yang lagi sengal membe aku time sekolah rendah yang duduk sebelah aku. dia tulis kat buku tu " nama saya wajihah" . then, dia suruh aku buka cermin mata sambil baca. bila aku baca, dia wat tanda good pakai jari .seriously nak je aku sound "ko ni bengap ke bongok. dah sah-sah buku tu depan mata aku betul-betul".lagipun masa tu aku baru je disahkan menghidapi short-sightness . AKU RABUN BUKAN  BUTA!. lagi skit hati bila kat trafic light diorang tanya tu warna apa. ingat aku buta warna apa???



    kalau dulu tengok orang pakai cermin mata rasa teringin. sekarang rasa tak nak pakai cermin mata. lagi-lagi bila every year power cermin mata naik. bukan murah cermin mata ni. kepada awak-awak yang rasa teringin nak pakai cermin mata tu aku rasa baik tak payah. jaga mata awak tu elok-elok. selagi boleh jaga baik awak-awak jaga mata awak. tengok macam aku ni, sikit-sikit Tuhan dah tarik deria penglihatan. tapi aku bersyukur. tuhan tak tarik terus deria penglihatan aku. terima kasih YA ALLAH!

aku bersyukur pada-MU

 
       


   







Thursday, 23 February 2012

bercerita tentang masa depan, kahwin ke??

Alhamdulillah. akhirnya setelah hampir 2 bulan blog ini buat hal dia kembali ke pangkuan jalan. hahaha
seriously terpaksa bersabar dengan kerenah kamu. wahai incik blog. kamu juga incik google! nasib baik saya sangat budiman.~ ~ mata ke atas tangan di dada .
topic for today. bercerita tentang masa depan. semua ingat kahwin kan?. suka lettew~ ~.
sebagai seorang yang belum mencapai tahap  kematangan 100% belum lagi la kot nak fikir soal kahwin ni.
by the way, masa isi borang upu bagai semua tu.baru terfikir tentang masa depan aku. cita-cita aku. selama ni tak pernah pun nak take it serious.
berbalik pada cerita cita-cita tadi, sebagai satu-satunya anak perempuan dalam family , dari kecik setiap keputusan yang aku buat sedikit sebanyak aku terpengaruh jugak dengan dua orang makhluk tuhan paling seksi tu. hahaha. abang kesayangan aku lettew~~. nasib baik aku adik lelaki aku keluar dari perut ibu aku lambat. kalau tak memang jahanam pemikiran aku ni. hahaha.
back to the topic, masa darjah satu ingat lagi nama cikgu tu ustazah Lailanizaha. sedap an nama cikgu aku?? masa tu dalam pertengahan tahun nak ambil report card cikgu tu tanya kat aku

cikgu : wajihah dah besar nak jadi apa? sedap kan nama aku?~muka bangga~
aku : entah.muka blur .apa-apa je la cikgu. sangat tidak matang time ni. aku tengok muka cikgu sambil buat muka bosan.
cikgu : mana boleh apa-apa. hmm,encik bagi la 3 cadangan. cikgu tu yg bosan tengok muka aku tanya kat ayah aku pulak.
ayah : kerani, cikgu, polis. sangat confident ayah aku.


seriously, aku pun tak ambil endah sangat time tu. sebab aku ingat kerja kerani tu gaji beribu- riban yang boleh mendatangkan keuntungan mengalahkan orang yang join MLM.bhhahaha. sangat pandai kan saya?. then, masa aku darjah tiga baru aku tahu kerani tu apa. masa tu baru rasa sangat tidak patut ayah aku tulis kerani sebagai pilihan PERTAMA cita-cita aku. bila fikir2 balik rasa nak tergelak pun ada. after that, masa aku dekat darjah 3 cikgu sapa ntah nama dia tanya kat aku soalan yang sama
jawapan yang aku bagi pulak

aku : cikgu dah besar sya nak jadi polis, bomba. askar .dengan muka penuh confident bagai seorang prajurit.
cikgu : ??? tapi tetap cikgu tu tulis.


nak jadi askar cam siti boleh? ~wink wink~
time ni ayah aku tak dapat mempengaruhi pemikiran aku. hahaha. tapi pemikiran aku dijajah oleh dua makluk tuhan paling seksi itu. disebabkan mereka asyik mengajak aku join main pistol 2 hengget. aku trejebak minat jadi polis dan askar.  yang bomba tu aku bagi biar nampak dramatik je kot. wakaka.
tapi masa cakap kat cikgu tu soal cita2 bagai semua tu , dengan penuh kepandaian tahap dewa aku lupa yang aku ni dah start pakai spectacle . bhahaha. sangat tidak fikir secara bijak kan kan kan.

hey wawa. awok pun pakai comin mato cam kawe gok. lupo?

start dari tu aku terus frust. bila isi upu tu lah baru fikir sampai pening soal cita-cita dan masa depan ni. so, sepatutnya kita ni kena ada matlamat dan tujuan dari mula lagi kan?can jangan biarkan hidup ini sntiasa dipengaruhi orang luar. be yourself.  anyways, korang doakan la permohonan pertama upu aku diterima ya. AMIN .