Thursday 6 December 2012

Aku Perlukan Dia.

Assalamualaikum.
hari ni special sikit aku punya entri. Mungkin kawan-kawan aku pelik bila diaorang baca entri ni, sebab soal hati dan perasaan aku tak pernah luahkan secara open. Hmm, dekat dunia ni semua orang ada hati dan perasaan kan. Ye, aku tau tak salah kita sebagai manusia ni ada hati dan perasaan. So benda ni sebenarnya bukan satu dosa pun. Tapi kita yang buat benda tu jadi dosa.

Aku tak pernah couple! Aku tak nak couple! . Perkataan tu selalu muncul dekat bibir aku ni, dan aku rasa bebas bila perkataan couple tu tak ada dalam minda aku ni. Semua kawan aku tau istilah ni dalam hidup aku. Aku sedar benda yang aku selalu ungkap tu akhirnya makan diri aku sendiri. Bila aku start ada feeling kat someone ni. Aku try buang, buang dan buang perasaan tu. tapi bak kata kawan aku selagi kita cuba lupakan seseorang ,semakin dalam ingatan kita dekat seseorang tu.

Aku kawan dengan dia bersebab, persahabatan yang hanya terjalin disebabkan untuk satu pertolongan terjalin sampai sekarang. And now, aku jadi fail bila ada orang mula take care aku. Tapi aku tahu, that guy show attitude macam tu just because dia anggap aku sebagai kawan sahaja. Tipulah kalau aku cakap aku tak ada sikit pun feeling dekat that guy. Perempuan mana yang tak cair bila ada guy bagi ayat "awak sakit mestilah saya risau" , " good night, sayang awak" . Perempuan mana yang tak ada feeling bila lelaki sebut perkataan tu kan.

Dia buat aku ada feeling dekat dia. Dia buat aku lupa semuanya . i got low mark for my test and quiz . aku jadi terus menunggu dia mesej aku, walaupun aku tau yang aku tak patut buat macam tu sebenarnya. aku jadi macam orang bodoh bila buka facebook mesti nak stalker facebook dia, dengan harapan yang sngat tinggi . i mean there is no girls out there yang dia treat sama macam dia treat aku. but then, aku sedar. Dia bagi ayat macam tu, but then dia tinggalkan aku terkontang-kanting kat situ. Satu saat, aku menangis kerana that guy . Aku cuba lupakan that guy. aku mula sedar ayat dia selama ni tak menggambarkan apa yang dia cakap. Tuhan saja yang tahu saat hati aku begitu luruh. Aku cuba ingatkan diri aku yang that guy hanya anggap aku sebagai kawan dia . Aku tak perlukan seseorang yang menjaja soal hati aku dekat that guy .Tapi as usual, perempuan sangat lurus bab hati ni kan.

Saat aku lupa akan diri aku ni, kawan aku ingatkan yang kita ada ALLAH tempat mengadu. Kita luahkan segala-galanya pada DIA. and she said " kita pun sentiasa ada untuk wawa" . Aku tenangkan hati aku melalui Tahajjud . Aku dekatkan diri aku kepada si DIA. Aku luahkan segala tangisan pada yang ESA . ALHAMDULILLAH, aku baru sedar aku banyak lalai selama ini. ternyata Tuhan bagi aku peringatan melalui seorang kawan.

Aku berterima kasih ada kawan yang ingatkan aku . untuk NURAIHAN, InsyaALLAH we will friend until JANNAH as we both always mention it . kita sayang awak, seorang kawan yang sentiasa memberi peringatan untuk kawannya yang hampir lalai, sentiasa ada saat kawannya lemah untuk berdiri , hanya dia yang layak bergelar 'SAHABAT'.
>maaf akan entri yang sangat panjang<

lot's of smile:  abawiyah ishak





1 comment:

thanks for your comment